Persatuan Amal Uzma Untuk Kita Semua.
Persatuan Amal Uzma memfokuskan usaha memberikan bantuan perubatan dalam bentuk servis dan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan. Persatuan Amal Uzma menyalurkan sumbangan dalam segala bentuk kepada yang memerlukan.
“Dan hendaklah kamu bantu-membantu dalam membuat kebajikan”
Pembedahan ditaja
Sumbangan makanan sebulan
Individu Yang Telah Dibantu
Aktiviti Persatuan Amal Uzma
- Sumbangan bank makanan setiap bulan bernilai RM 50, 000 + di Klinik Uzma Kelana Mall
- Sumbangan ubat-ubatan percuma atau pada harga kos pada pesakit yang memerlukan
- Sumbangan kewangan untuk pesakit yang memerlukan pembedahan/ rawatan pakar
- Bantuan kewangan kepada ibu tunggal
Misi Kami
Kami percaya setiap orang wajib mempunyai akses kepada rawatan perubatan moden yang asas.
Inisiatif ini bermula apabila ramai pesakit yang tidak berkemampuan dari segi kewangan datang ke Klinik Uzma.
Inisiatif utama Amal Uzma adalah untuk membantu individu yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan perubatan moden yang asas
Jadi Penderma. Libatkan diri.
Anda boleh menyumbang dari pelbagai segi. Ada individu yang lebih gemar menyumbang masa mereka dengan menjadi sukarelawan. Ada juga individu yang membantu dari segi kewangan dan wang ringgit. Kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Bantu Kami Bantu Mereka. Hubungi Kami.
Sumbangan anda amat berharga. Kami akan menyalurkan sumbangan anda kepada yang memerlukan. Jangan risau. Telus & amanah prinsip kami.
Persatuan Amal Uzma
31N-02, Kelana Mall, Jalan SS 6/12, 47301 Petaling Jaya, Selangor